Nico G tersingkir, Nikki ungguli minggu ketiga GV8
Kumpulan Nico G terpaksa berundur daripada terus bersaing apabila menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu ketiga, program Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung sebentar tadi.
Muzaffar Shah Baharin (Affa) yang mewakili Nico G berkata, mereka akur dengan keputusan tersebut namun beranggapan sudah melakukan yang terbaik.
“Nico kumpulan hip hop yang pernah popular pada 1992 sampai sekarang.
"Walaupun terpaksa berundur, kami anggap GV8 adalah satu pentas yang amat meggegarkan untuk kami,” katanya menuturkan ucapan perpisahan.
Selain Affa, Nico G yang dulu dikenali sebagai Nico, turut dianggotai Nico dan Dino terkenal dengan lagu Inilah Nasibku - yang diterbitkan buat kali pertama pada 1993.
Malam dengan tema Segalanya Ku Terima - lagu di luar zon selesa itu - menyaksikan Nico G yang membawakan lagu Manis, nyanyian asal Zainal Abidin memperolehi markah hanya 50.10 peratus.
Tempat pertama diungguli oleh Nikki Palikat (gambar, atas) dengan markah 84.80 peratus malah penyanyi itu mendapat pujian Ramli MS kerana persembahannya yang mantap melalui lagu Semalam, oleh Aina Abdul.
Fazley yang menyampaikan lagu Yang Sedang Sedang Saja, nyanyian asal penyanyi dangdut Iwan pula berada di tempat kedua tercorot dengan markah 54 peratus.
Bintang Paling Power Miaw pula diumumkan menjadi milik Nikki Palikat yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000.
Kesemua peserta diadili melalui format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap manakala AC Mizal pula diundang sebagai juri jemputan.
Konsert minggu keempat dengan tema Berdiri Bulu Romaku seterusnya bakal menyaksikan aksi 12 peserta yang bertanding iaitu Aliff Aziz, Adibah Noor, Nikki Palikat, Suki Low, Upiak Isil, SA.YA (Saiful Apek dan Yassin Yahya), Aweera, Shidee, Bandi Amuk, Azan Scan, Ani Mayuni dan Fazley Yaacob.
Program dihoskan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai