Uqasha sebak doa diberikan jodoh di Mekah makbul di Janda Baik
Mengakui sebak selepas doanya untuk mendirikan rumah tangga suatu ketika dulu dimakbulkan, Uqasha mengajak suami, Kamal Adli, untuk mengerjakan umrah sebagai prabulan madu mereka.
Berasa insaf akan kekerdilan dirinya, kata Uqasha, dia sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana doanya 'diangkat' semasa menunaikan ibadah umrah di Mekah.
“Kami akan berangkat pada 23 Disember ini dan ia kali ketiga saya akan mengerjakan umrah.
“Saya anggap ibadah ni sebagai tanda berterima kasih kerana doa diangkat dan sebab tu saya turut ajak Kamal ke sana,” katanya.
Pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu menjelaskan, dia langsung tidak menjangka doanya akan dimakbulkan Tuhan memandangnya dirinya seorang hamba yang tidak sempurna.
“Allah masih sayang dan angkat doa walaupun saya bukan seorang yang bertudung mahupun alim,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu mengumumkan mereka sudah melangsungkan pernikahan pada 5 Nov lalu di sebuah lokasi prersendirian di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Bagaimanapun kedua-duanya mengakui tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan itu kerana alasan tertentu.
Sementara itu, Kamal berkata, dia akan mengikut Uqasha sama-sama menunaikan umrah kerana tidak pernah lagi menjejakkan ke Tanah Suci.
“Saya tahu di situlah tempat segala doa boleh termakbul, dan ia juga pengalaman sama dilalui isteri.
“Saya percaya ni semua aturan terbaik Allah berikan untuk kami,” katanya.
Mengulas mengenai soal anak, Uqasha dan Kamal tidak menolak sekiranya ditakdirkan mereka dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Kami tak ada merancang tapi tak juga tolak jika ditakdirkan dapat rezeki awal,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai