Azhan Rani: Tak kacak tak apa, jangan bongok
Susulan tular rakaman video memaparkan kejadian buli sejak semalam, Azhan Rani tampil menitipkan pesan bernada sinikal di media sosial terhadap pelajar-pelajar sekolah yang terbabit.
Azhan berkata hanya orang bodoh saja yang melakukan perbuatan seperti itu dengan tujuan untuk memuat naik dan menyebarkannya buat tontonan umum.
“Kepada dak dak (budak) muka pecah, ajet ajet (perasan) gangster asrama tu, abang nak pesan sikit - tak hensem tak apa, janji tak bongok,” katanya.
Polis kini sedang menyiasat kesahihan video tular di media sosial memaparkan kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.
Terdahulu pelakon drama popular Nur itu dalam satu hantaran berbeza dipercayai turut menyentuh isu itu, dengan berkata dia memahami situasi yang perlu didepani mangsa buli kerana pernah belajar di sekolah asrama.
“Aku pernah jadi budak asrama, aku faham situasi budak kena ragging (buli) tu. Dan yang acah acah ayahanda asrama tu pun aku faham.
“Lagi dahsyat dia buli orang, dia akan rasa lagi popular, lagi hebat dan makin tinggi dia rasa darjat dia,” katanya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai