Skip to main
Logo Malaysiakini

Pembida harta Sajat lari: Peguam belum bincang kes hina mahkamah

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Harta Nur Sajat - usahawan kosmetik yang mendapatkan suara daripada Australia - akan dilelong semula susulan pemenang bidaan semalam menghilangkan diri.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan mereka akan mendapat tarikh baru sesi lelongan dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan dengan mahkamah.

"Setakat ini, kita belum bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermain proses lelongan) kerana sibuk dengan proses lelongan itu," dia dipetik sebagai berkata kepada BH.

Syarat lelongan sama setakat ini, katanya.

Semalam, pemenang bidaan yang dikatakan pembantu kepada usahawan kosmetik Aliff Syukri

menghilangkan diri. Aliff dilapor enggan mengulas dakwaan itu.

Antara barangan Sajat yang dilelong ialah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan candelier.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu membenarkan harta Sajat disita dan dilelong susulan gagal membayar pampasan RM183,000 kepada OWA Resources -bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle Sajat.

‘Kurung sampai urusan lelongan selesai’

Sementara itu, seorang peguam mencadangkan pembida disyaratkan membawa wang tunai dan ‘dikurung’ di dalam rumah ber­kenaan sehingga urusan pembayaran serta tandatangan kontrak selesai.

"Mana-mana pembida yang membida lebih 40 aset milik Sajat, tidak dibenarkan keluar sehingga urusan pembayaran serta tandatangan kontrak selesai dilakukan," kata peguam Zeti Zulkifli.