Skip to main
Logo Malaysiakini

Hobi membeli-belah Nia terhalang kerana dihukum penjara

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Nia Ramadhani yang semalam dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana menggunakan dadah menyebabkan pelakon popular Indonesia itu kembali terpisah dengan anak-anaknya

Nampaknya bukan itu saja yang membuat pelakon berasa terhukum.

Selain tidak dapat bersama ana-anak pelakon siri Namaku Mentari itu juga tidak lagi boleh meneruskan hobi barunya yang giat dilakukan ketika pandemik Covid-19 menular, iaitu membeli-belah dalam talian.

Sebelum ini, Nia sempat menceritakan di Instagram mengenai kisahnya yang terlalu mengikut dorongan hati dalam berbelanja semasa menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Baru saya tersedar akibat kesan pandemik, saya makin impulsif. Lihat, banyak sekali barang-barang tak penting yang akhirnya tidak dipakai dan akhirnya bertimbun-timbun.

“Saya wajar menjual semua ni dan hasilnya baru didermakan atau didermakan terus ya?” katanya.

Kes salah salah laku dadah membabitkan Nia, 31, dan suaminya, Ardi Bakrie, 42, serta pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto ‘berakhir’ dengan hukuman masuk penjara.

Sudah tak ada tempat

Hukuman itu djatuhi oleh hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang berlangsung di Jakarta Pusat semalam.

Keputusan itu ternyata mengejutkan ramai pihak kerana sebelum itu Nia dan Ardi sudah menjalani rawatan pemulihan dadah selama 12 bulan sebelum dimasukkan ke Fan Campus, Cisarua di Jawa Barat.

Sebaik mendengar keputusan hakim, pemilik nama penuh Prianti Nur Ramadhani Priya Ramadhani itu dilihat hanya menundukkan kepala dan menitiskan air mata sambil Ardi hanya mampu memandang isterinya yang sedang menangis.

Selain Nia, 33, beberapa anggota keluarga dan sahabat termasuk pengurus pelakon berkenaan turut kelihatan berlinangan air mata.

Nia bersama suaminya, Ardi Bakrie

Terdahulu, polis menahan Zen selepas dia didapati bersalah memiliki syabu seberat 0.78 gram pada pertengahan 2021.

Penangkapan itu membawa kepada penahanan pelakon Bawang Merah, Bawang Putih itu. Ardi kemudian datang menyerah diri di balai polis pada hari yang sama. 

Dalam status dimuat naik Nia itu, dilihat dia mendapat protes daripada pembantu rumah gara-gara sikap borosnya dalam berbelanja.

“Bu, sudah banyak sangat ni bu. Kasut ni pun seperti sama dengan yang dibeli sebelumnya. Bolehkah beri satu pada saya.

“Bu, beg tangan ni mahu diletakkan di mana? Almari sudah tak muat. Banyak sungguh kasut dan baju-baju. Sudah tak ada tempat lagi di almari,” kata salah seorang pembantu rumahnya.

Ketika itu, Nia berharap agar sikap gemar berbelanja itu berubah dan tidak berterusan untuk mengeluarkan wang dan berbelanja untuk barang yang tidak menjadi keperluan.

Kini kebebasan dalam meneruskan hobi itu nampaknya akan dibatasi untuk sementara.

Aktres itu harus bersedia melepaskan semua kemewahannya buat sementara waktu untuk menjalani kehidupan di penjara selama setahun.