Namewee tak sangka pun mampu tewaskan lagu M Nasir
WAWANCARA | Bukan saja orang lain, malah Namewee sendiri mengakui dia tidak menjangkakan lagunya dapat menewaskan karya M Nasir yang disifatkan seorang legenda.
Ia berlaku apabila Namewee dipilih sebagai penerima anugerah pencipta dengan pendapatan tertinggi oleh Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Bhd (MACP) baru-baru ini.
Penyanyi rap dan pengarah filem itu berkata, penerimaan peminat terhadap karyanya itu menunjukkan semakin ramai orang memberikan sokongan walaupun dia kerap terpalit dengan pelbagai kontroversi.
“Terus terang saya katakan, saya memang terkejut. Sebenarnya ramai lagi pencipta karya hebat selain daripada saya, misalnya M Nasir,” katanya kepada Malaysiakini.
Namewee berkata demikian ketika sesi wawancara eksklusif di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, Namewee - atau nama sebenarnya, Huang Ming Zhi - turut memenangi kategori pendapatan lagu luar negara tertinggi melalui karyanya, Piao Xiang Bi Fang.
Namewee menewaskan M Nasir yang sebelum ini memang sinonim dengan kategori itu, serta komposer Ezra Kong yang turut tercalon pada majlis itu yang berlangsung 28 Dis tahun lalu.
M Nasir selaku Pengerusi MACP dalam wawancara media ketika itu pula dilaporkan berkata: “Kali ni sudah ada pesaing.”
Untuk rekod, syarikat Luncai Emas Sdn Bhd milik M Nasir terus mempertahankan kemenangan sebagai penerbit tempatan dengan pendapatan terbanyak.
Lagu ciptaan Edry Abd Halim berjudul I Am Me nyanyian usahawan kosmetik, Vida, memenangi kategori persembahan lagu Inggeris terbanyak.
Lagu Drama Queen ciptaan Quasimofo dan lirik oleh Ka Xi pula memenangi lagu Cina dendangan terbanyak.
Bagaimanapun, Namewee, 38, menafikan gelaran pencipta dengan pendapatan luar negara tertinggi menunjukkan dia menerima keuntungan yang banyak.
“Tidak, tidak. Tanggapan ini harus diperbetulkan. Nama saja pencipta dengan pendapatan tertinggi, tapi saya tak ada untung banyak pun.
“Saya gunakan tenaga kerja dan produksi luar. Saya perlu terbang ke Beijing untuk penggambaran. Untuk kos saja dah lebih RM100,000 termasuk menghasilkan video muzik,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai