Skip to main
Logo Malaysiakini

Label Anuar gay, Ziana anggap Vida biadab

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Penyanyi Ziana Zain membidas kenyataan ‘panas’ usahawan kosmetik sensasi, Vida gara-gara dikatakan mendakwa adiknya, Anuar Zain menjalin hubungan sejenis atau gay.

Ziana memberi respons berkenaan selepas tular satu klip video sejak semalam memaparkan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjawab permintaan peminat yang mencadangkan agar dia memikat Anuar dalam sidang Instagram (IG) Live.

“Sangat biadab,” itu maklum balas ditinggalkan Ziana melalui laman sosial seorang pengguna TikTok yang telah mengulang siar video IG Live usahawan berkenaan.

Vida sebelum itu berkata: “Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay!”

Walaupun penyanyi I Am Me itu menjawab secara berbisik namun jelas kedengaran dia menyebut perkataan gay.

Sikap Vida yang selamba mengundang perhatian ramai hingga ada yang mencadangkan agar Anuar mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu tunggal anak dua itu.

“Anuar boleh saman ni,” kata seorang netizen.

Susulan itu, Vida membuat penjelasan bahawa perkataan sebenar yang disebutnya sebelum ini bukan 'gay', sebaliknya adalah 'okay'.