Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Sajat tak muflis’

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketika namanya dikehendaki kerana siasatan penipuan kad pengenalan, Nur Sajat Kamaruzzaman tampil membuat kenyataan bahawa dia belum diisytiharkan muflis.

Sajat melalui Instagram mengiringi hantaran itu dengan menunjukkan bukti dokumen keputusan carian kebankrapan dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Berlambak orang fitnah kata Sajat dah muflis bagai. Siap kata Sajat dah bankrap uolsss. Korang (kamu) hadamlah yang mengata aku bankrap tu.

“Aku tak akan ampunkan. Sebab dari mulut ke mulut, kamu yang dapat dosa. Giteww. Amin,” katanya.

Mak nyah itu mendapatkan suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Terdahulu, bahagian siasatan jenayah komersial IPD Ampang Jaya mengeluarkan maklumat sedang mengesan Sajat bagi membantu siasatan kes penipuan maklumat kad pengenalan.

Kes itu sedang dalam prosiding perbicaraan di mahkamah Ampang Jaya dan saksi perlu hadir pada 22 Februari ini. 

Sajat sebelum ini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Status perempuan dalam IC Australia

Pada masa sama, Sajat memberitahu, dia masih seorang yang kaya raya selain di Australia kad pengenalannya berstatus jantina perempuan.

“Walaupun saya dah duduk luar negara, Nur Sajat masih kinky, masih berstatus orang berada OK. 

“Walaupun nama itu tak sesuai dengan wajah cantik saya ni, nasib kat Australia, kad pengenalan saya adalah wanita gitewww,” katanya.