Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes cerai Shila Amzah selesai

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Shila Amzah mengesahkan dirinya dan suami, Haris Idraki Elias sudah sah bercerai secara rasmi selepas empat tahun mendirikan rumah tangga semalam.

Berita itu dikongsikan anak Amir Amzah Salleh atau ND Lala itu buat peminatnya melalui Instagram.

“Alhamdulillah, kes Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha menjaga dan menyayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada yang mendoakan,” katanya.

Shila dan Haris berkahwin pada 19 April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1. 

Shila ketika berkahwin empat tahun lalu

Penyanyi Patah Seribu itu sebelum ini mendedahkan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung bersama suami selain telah memfailkan perceraian.

Katanya ketika itu, dia dan Seth tinggal dia rumah kedua ibu bapanya di Kuala Langat, Selangor.

Shila yang turut popular melalui lagu Tiada Dirimu pada masa sama turut berkongsi luahan hati mengenai isu perceraiannya itu.

“Semua orang berkahwin adalah untuk mencari kebahagiaan. Tak ada orang dalam dunia berkahwin untuk bercerai.

“Apa juga kemungkinan dan kemudaratan yang berlaku pada kita pasti ada hikmah. Saya anggap ini adalah satu langkah untuk teruskan kehidupan.

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk hidup dengan lebih bagus selepas ini. 

“Semoga masa depan kami juga akan jadi lebih baik,” katanya.