‘Maaf Mia Sara, Uncle Ridhuan’
Bagi meredakan situasi tegang yang berlaku, Puteri Balqis tampil memohon maaf kepada Mia Sara gara-gara tersinggung dengan komen dilontarkan pelakon itu.
Puteri Balqis dalam kenyataannya berharap agar perselisihan faham yang berlaku berakhir dengan segera.
“Ikhlas dari hati saya ingin memohon maaf kepada Mia Sara, Uncle Ridhuan (bapa Mia), juga kepada peminat dan penyokong awak,” katanya di Instagram.
Pelakon itu turut menitipkan pesan kepada Mia Sara agar dia tidak mengulangi kekhilafan yang berlaku.
Katanya, dia cuma berharap mereka dapat melupakan apa yang berlaku dan teruskan kehidupan seperti biasa.
“Tolong jangan ulangi apa yang telah awak lakukan dan saya harap kita dapat teruskan hidup masing-masing. Terima kasih.
“Untuk semua yang menyokong saya, tak ada yang boleh saya katakan, terima kasih atas kata-kata semangat, kata-kata yang baik untuk saya.
“Biarlah orang nak menghakimi kita, biarlah mereka salah sangka terhadap kita, tak ada apa yang perlu dibuktikan, teruskan membuat kebaikan,” ujarnya.
Terdahulu, Mia Sara, 16, menciap di Twitter satu kenyataan sebagai respons kepada beberapa pengguna lain.
“Dia tak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan pada bahunya,” ciapnya.
Puteri Balqis kemudian membalas dan berkata kenyataan Mia Sara itu amat mengecewakan serta bukan saja memburuk-burukkan dirinya malah ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi, 15, berkata komen itu merupakan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.
“Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang. Saya tersinggung dengan komen anda kepada orang ramai bahawa saya tak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya.
“Ia adalah satu fitnah yang besar bila awak kata keluarga saya... hanya ibu saja yang saya ada dalam keluarga.
“Saya tak tunjuk cinta saya kepada Tuhan melalui gambar, tapi saya tunjuk melalui doa. Tak semua orang sedar hal sebegitu,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai