Skip to main
Logo Malaysiakini

'Terlalu ramai orang sakit jiwa sekarang'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Penyanyi Aishah hari ini menegur segelintir pihak yang didapati masih tidak berpuas hati dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepadanya baru-baru ini.

Bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati dan jika mereka berani, kata Aishah, wajar pihak terbabit dan dia bersemuka.

Hal itu kerana, katanya, pihak terbabit dianggap tidak berani menampakkan diri sebenar mereka sebaliknya hanya menimbulkan isu secara sorok-sorok.

“Ada juga yang masih tak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe.

“Berdepanlah kalau berani cakap apa yang tak puas hati dengan dengan saya,” katanya.

Aishah dianugerahkan pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Jan lalu.

Katanya kepada Malaysiakini ketika itu, dia bersyukur apabila diberi pengiktirafan sebegitu selepas terlibat sebagai anak seni selama lebih 35 tahun.

Penyanyi Ketentuan Takdir itu pada masa sama meluahkan, masalah yang dihadapinya sekarang mungkin menunjukkan realiti yang sedang berlaku dalam kalangan orang ramai sekarang.

“Terlalu ramai orang sakit jiwa sekarang,” katanya.