Skip to main
Logo Malaysiakini

KLAB: 8 minit, 54 gerai jualan habis

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Tahun ini adalah edisi ke-13 Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) dan pengasasnya Amir Muhammad masih tidak pasti sama ada permintaannya akan tinggi susulan kesan meluas akibat wabak Covid-19.

Bagaimanapun, dia tidak perlu risau kerana 54 gerai di pesta itu telah ditempoh hanya dalam tempoh lapan minit setelah dibuka kepada orang ramai.

Malaysiakini sempat bertemu dengan pembikin filem/penerbit itu pada hari pertama daripada empat hari di Pasar Seni Kuala Lumpur

“Jumlah gerai ini catat rekod, dan sebahagiannya disebabkan pesta buku antarabangsa KL, yang sepatutnya diadakan di PWTC, ditangguhkan.

“Sedikit spontan dan kami susuan semua ini dengan cepat. Ia dilakukan dalam masa lebih sebulan sahaja,” katanya.

Pesta buku itu akan berlangsung sehingga petang Ahad ini. Selain daripada gerai, ia akan menampilkan persembahan penghibur jalanan seperti Siti Diana Kamilia.

Terdapat juga jualan trak makanan, seperti ‘kopi dua darjat’, seloroh Amir.

KLAB juga menjadi tuan rumah untuk pelancaran buku bekas speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof yang bertajuk Parliament, Unexpected pada hari minggu ini.

Menurut Amir, ini kali ke-13 KLAB diadakan dengan beberapa tahun terlepas sejak acara itu bermula pada 2008.

"Pada 2020 kami tidak menjadi tuan rumah. Ia sepatutnya dibuat di (pusat beli-belah) Publika tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Banyak tahun sebelum ini, kami bekerjasama dengan Art For Grabs, tetapi tidak untuk dua tahun terakhir dan terdapat sedikit perubahan tahun ini," kata Amir.

Amir turut terkenal sebagai seniman dengan karya-karyanya seperti filem The Big Durian (2003) dan Lelaki Komunis Terakhir (2006) serta buku seperti Yasmin Ahmad's Films dan Rojak.

[Baca berita asal]