Shahrulezad 'rayu' DSV tidak tunggang agama
Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin ‘merayu’ kepada usahawan sensasi, Vida atau DSV (Datuk Seri Vida) agar tidak menggunakan sentimen agama untuk tujuan peribadi.
Katanya, tindakan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengajak orang ramai menonton video single terbaru berjudul Ku Ikhlaskan - yang dilancarkan baru-baru ini - seperti “melacurkan agama.”
“Aku malu lah nak bergaduh sesama sendiri bila umur sudah tua-tua macam ini. Orang sejenis lantang bersuara macam saya memang sukar untuk tak berkata apa-apa apabila melihat perkara macam ni.
“Datuk Seri Vida, dengan rendah diri saya merayu. Tolong jangan tunggang agama kita, Datuk tolonglah, saya rayu ni.
“Datuk nak pujuk orang tengok MV Datuk tak apa, buatlah. Tapi jangan lacurkan agama macam ni ya. Tolonglah,” tulisnya di Instagram hari ini.
Terdahulu, Vida melancarkan single dan video muzik terbaru Ku Ikhlaskan yang menelan belanja RM400,000.
Selain itu, video tersebut turut mengundang perhatian ramai yang kurang senang dengan solekan digunakan Vida kerana ia disifatkan menyeramkan.
Baik sedekah untuk anak yatim
Semakan Malaysiakini setakat petang ini mendapati, selepas dimuat naik di laman YouTube DSV Entertainment semalam, video tersebut mendapat sejuta kali tontonan, jauh lari daripada sasaran Vida.
Penghasilan single dan video muzik (MV) itu kata Vida, adalah satu usaha untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya, Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.
Vida berkata, dia mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
Shahrulezad juga menegur, peruntukan digunakan untuk menghasilkan video muzik itu sewajarnya disalurkan untuk tujuan yang bermanfaat.
“Duit RM400,000 buat MV tu lagi bagus Datuk sedekahkan pada tahfiz anak yatim dari buat MV mahal-mahal macam tu.
“Lepas tu Datuk pancing kami semua sokong Datuk dengan gula-gulakan kami dengan strategi promosi murahan ni,” katanya yang mengaku turut menutup ruang komen bagi mengelak reaksi kurang enak daripada warganet.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai