Skip to main
Logo Malaysiakini

Penyanyi nasyid ditahan disyaki terbabit kes dadah

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya hari ini.