Skip to main
Logo Malaysiakini

Amran Tompel meninggal dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pelakon veteran Amran Tompel meninggal dunia pada jam 4.37 petang tadi akibat menderita sakit kanser usus di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Berita itu disahkan Setiausaha Agung Seniman (Seniman), Hafiz Hanafiah dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Amran yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun meninggalkan empat orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri.

Pada tahun 1987 pemilik nama sebenar Amran Aman Ramli tampil dengan filem pertama lakonannya iaitu Keluarga 69 sebagai watak Joe.

Selain itu, dia juga membintangi beberapa buah drama atau filem di Malaysia antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Untuk rekod, Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.

Jenazah disolatkan di Masjid Bandar Baru Senawang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Forest Height Senawang malam ini.