Skip to main
Logo Malaysiakini

Peguam gagal serah waran tangkap ke Norjuma

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebuah syarikat yang menyaman Norjuma Habib Mohamed gagal menyerahkan waran tangkap untuk usahawan selebriti terbabit semalam dan bakal mengemukakan permohonan baru ke mahkamah.

Peguam Fame Up Entertainment (Fame Up), Muhammad Hassanuddin Roslan berkata cubaan mereka menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur itu tidak berjaya.

Hal itu kerana katanya keberadaan Norjuma tidak diketahui.

“Peguam Fame Up Entertainment akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran kali kedua,” lapor Harian Metro.

Waran tangkah berkenaan dikeluarkan hakim, Yasmin Abdul Razak, selepas Norjuma dikatakan enggan memberi kerjasama untuk hadir bagi pendengaran kes komital sejak perbicaraan bermula.

Memetik kenyataan peguam terbabit, Harian Metro melaporkan mereka akan memohon tarikh baru bagi mendapatkan waran tangkap sekali lagi ke atasnya usahawan berkenaan.

Malah katanya mereka juga mungkin akan menyerahkan waran tangkap berkenaan kepada polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya.

Fame Up memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020 ekoran usahawan terbabit didakwa melakuklan penyebaran fitnah ke atas syarikat berkenaan antara 2018 dan 2020.