Skip to main
Logo Malaysiakini

Anzalna bakal timang anak kedua pada Aidilfitri

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan dia sedang sarat menghamilkan anak kedua. Kandungannya itu kini berusia lapan bulan.

Katanya, jika diizinkan Allah SWT, dia dan suaminya Hanif Zaki bakal menimang cahaya mata baru pada Aidilfitri nanti.

Berita gembira itu dikongsikan Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, melalui sebuah perkongsian di Instagram hari ini.

“Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another 'Eid' baby (seorang lagi bayi AIdilfitri). Insya-Allah,” tulisnya.

Pelakon Memori Cinta Suraya itu turut memohon agar semua mendoakan agar proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.

Sebelum ini, anak sulung Anzalna iaitu Eidrees turut dilahirkan pada bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.