Skip to main
Logo Malaysiakini

Intan dan Harris dedah wajah anak, pilih nama Evie Khadeeja

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Selepas tiga bulan menimang cahaya mata, pelakon Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif akhirnya mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Pasangan selebriti itu juga berkongsi nama anak perempuan mereka yang cukup cantik, Evie Khadeeja melalui satu perkongsian di Instagram semalam.

“Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” katanya semalam.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan wajah anaknya itu selain menyukai nama yang dipilih.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021.

Mereka menyambut Evie Khadeeja pada 1 Februari lalu.

Perkahwinan pasangan ini pernah mengundang perhatian umum kerana jarak perbezaan usia 17 tahun antara mereka.