Perempuan Itu tak akan ditayang buat masa ini - Sumber
Drama Perempuan Itu tidak akan ditayangkan dalam masa terdekat susulan kontroversi klip video cereka itu, kata sumber yang rapat dengan rangkaian televisyen TV3.
Sumber juga memberitahu Malaysiakini drama yang belum disiarkan itu mungkin tidak akan menemui penonton bulan ini seperti yang dirancang pada awalnya.
Sumber itu juga enggan mengulas apabila ditanya jika terdapat rancangan untuk ia dikeluarkan pada masa akan datang.
Perempuan Itu yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa merupakan garapan pengarah Ain Sharif hasil skrip karya Erma Fatima.
Ia pada mulanya jadualkan untuk tayangan di TV3 pada April pada bulan Ramadan.
Zul telah memuat naik di media sosial sedutan babak ‘panas’ lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa.
Namun, perkongsian itu mencetus kemarahan orang ramai yang menyifatkan adegan dilakonkan mereka menyerupai babak dalam filem lucah.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menyifatkan klip itu "melampui batas yang perlu ditegur.”
Susulan terpalit kontroversi video panas itu, Zul Ariffin telah tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun media sosialnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai