Skip to main
Logo Malaysiakini

Sultan Selangor beli lukisan ‘parlimen beruk’

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan parlimen telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Lukisan itu menggambarkan keadaan seperti parlimen yang diisi oleh pelbagai jenis beruk. Turut diselit gambar katak.

Hanya speaker dan pegawai parlimen digambar sebagai manusia dalam lukisan itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa berkenan untuk membeli karya lukisan tersebut.

Malah, Baginda turut menyatakan untuk menggantungkan karya lukisan itu di bilik kerja peribadi baginda.

“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” menurut status pejabat diraja Selangor itu.

Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan.

Lukisan yang dibeli sultan Selangor itu mirip karya artis jalanan Inggeris Banksy bertajuk Devolved Parliament yang dilelong dengan harga  AS$12.2 juta (RM51.64 juta) pada 2019. 

Devolved Parliament dilukis untuk menyindir ahli parlimen British.