Siasatan kes Tangmo selesai, 6 individu didakwa di mahkamah
Polis Thailand menamatkan siasatan terhadap kematian Nida “Tangmo” Patcharaveerapong dengan mendakwa enam individu yang ada kaitan dengan kes pelakon terbabit.
Menurut polis, enam tertuduh terbabit - termasuk seorang peguam - berdepan pelbagai dakwaan termasuk cuai hingga menyebabkan kematian, memberi kenyataan palsu dan menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah.
Pegawai penyiasat berkata, aktres terbabit terjatuh dari bot laju yang dinaikinya sebelum terkena kipas dan lemas di Sungai Chao Phraya pada 24 Feb lalu.
Komander Polis Nonthaburi, Paisan Wongwacharamongkol, berkata lima tertuduh yang berada di atas bos semasa kejadian adalah:
-Tanupat “Por” Lerttaweewit (pemilik bot laju) didakwa memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian, mengendalikan bot tanpa lesen, menjatuhkan objek ke dalam sungai, memberi kenyataan palsu, gagal melampirkan nama bot dan memandu bot yang telah tamat tempoh pendaftaran.
-Phaiboon “Robert” Trikanjananun didakwa melakukan kecuaian hingga menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menggunakan bot dengan pendaftaran tamat tempoh dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.
- Wisapat Sand Manomairat berdepan pertuduhan melakukan kecuaian hingga menyebabkan kematian.
- Nitas “Job” Kiratisoothisathorn didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.
- Pengurus Tangmo, Idsarin “Gatick” Juthasuksawa didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan memberikan kenyataan palsu.
Sementara itu peguam, Peam Em Thamtheerasri, didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan meminta orang lain membuat kenyataan palsu.
Walaupun pelbagai insiden dan bukti ditemuikan, kematian Tangmo mengundang keraguan sehingga ibu mendiang, Panida Siriyuthayothin, meminta pihak berkuasa menjalankan autopsi kali kedua ke atas jasad Tangmo.
Kelima-lima tertuduh berada di atas bot bersama Tangmo pada malam kejadian dia terjatuh dan lemas di Sungai Chao Phraya sekitar jam 10.40 malam. Dan mayatnya ditemui pada 26 Feb.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai