Skip to main
Logo Malaysiakini

Netizen serang Emma Maembong lagi

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon, Emma Maembong dikecam orang ramai selepas memuat naik imej terbaru.

Melalui hantaran terbaru di Instagram, Emma dilihat memakai singlet berwarna putih.

Susulan itu, netizen ‘mentarbiah’ pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta itu serta memintanya supaya kembali menutup aurat seperti yang pernah dilakukanya suatu ketika dulu.

“Semakin seksi sekarang! Kalau bertutup-litup macam dulu balik kan lagi lawa,” kata salah seorang netizen.

Seorang lagi penguna alam maya berkata: “Simpanlah auratmu Emma! Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak,” katanya.

Untuk rekod, Emma sering menjadi sasaran pengguna media sosial selepas menanggalkan hijab pada tahun 2019.

Aktres itu pernah berhijab pada 2014 namun menanggalkan hijab selepas lima tahun.