Lepas beri keterangan 4 jam, Vida harap netizen berhenti cari salah
Usahawan kosmetik Hamiza Othman berharap orang ramai berhenti mencari salah dan mengecam dirinya selepas terpalit dengan kontroversi video muzik (MV) yang disifatkan mencemar Hari Raya kerana didakwa mempromosi LGBT.
Sebaliknya, dia yang lebih dikenali sebagai Vida itu berkata orang ramai sepatutnya melihat apa dilakukan dalam MV Muah Muah Raya itu sebagai satu bentuk hiburan.
“Selepas insiden yang berlaku kepada Aliff Syukri yang dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dn Multimedia (SKMM), saya memang tak promosikan MV raya secara agresif sebab bimbang perkara sama berlaku.
“Tapi tak sangka masih ada pihak yang tak berpuas hati dan membuat aduan sedangkan saya sendiri sudah nyatakan apa yang buruk jadikan teladan dan baik jadikan sempadan dalam MV terbabit,” katanya.
Dia hadir memberi keterangan di ibu pejabat SKMM selama empat jam semalam.
Terdahulu, Vida dihimpit kontroversi apabila dia tampil dengan Muah Muah Raya yang dianggap mencemar kesucian agama Islam.
MV terbabit memaparkan kumpulan penari drag queen iaitu lelaki berpakaian perempuan, sekali gus mencetuskan kritikan yang dia cuba mempromosikan unsur LGBT.
Vida berkata dia sudah memberikan kerjasama yang baik sepanjang empat jam disoal siasat pegawai.
“Macam-macam soalan ditanya sepanjang empat jam memberi keterangan di SKMM. Ia bukan satu proses yang mudah namun saya harungi dengan penuh sabar dan positif.
“Jujurnya saya sangat tertekan, kenapa isu sebegini diperbesarkan segelintir pihak sedangkan saya tidak pernah terfikir nak mempromosikan elemen LGBT," katanya sambil menambah dia hanya mahu memberi kelainan dan hiburan kepada orang ramai.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai