Skip to main
Logo Malaysiakini

Plafform baru bantu penggiat seni hidupkan karya, jana pendapatan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebuah platform yang dibina untuk mengubah masa depan penggiat seni dan membolehkan mereka mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui platform tersebut kini diperkenalkan, dikenali sebagai Fenix360.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Fenix360, Allan Klepfisz, berkata jika menggunakan cara tradisional, industri perlu menggaji perkhidmatan orang tengah, sekali gus mewujudkan kos yang berlebihan dan tidak perlu, serta membuatkan artis atau pencipta dalam kategori non-superstar hampir tidak mendapat apa-apa hasil.

Namun katanya, keadaan sebegitu boleh diubah secara menyeluruh melalui Fenix360.

“Penggiat seni dari semua cabang seperti pemuzik, pelakon, model, pelawak, penari dan pelukis boleh menjangkakan hasil pengiklanan sebanyak 80 peratus di platform Fenix360 serta 95 peratus dari NFT, barang dagangan, tiket serta hasil livestream dalam ekosistem baru itu yang dijanakan oleh teknologi secara blockchain.

“Pengalaman ni mudah, tepat dan terjamin.

“Kami akan berasa sangat gembira jika ada pihak lain yang akan mengikut jejak serta meniru obsesi kami terhadap kebajikan artis.

“Kami menambah sesuatu yang belum diterokai demi mengembangkan peluang untuk penghasilan pendapatan artis,” katanya.

Jelas Klepfisz, platform mesra pengguna itu juga dianggap sebagai aplikasi media sosial untuk kegunaan semua.

Malah menurutnya, ia membenarkan artis membuat kandungan integrasi asal secara mudah dari YouTube, Instagram dan Meta mereka.

“Tidak seperti media sosial yang lain, Fenix360 membantu pertumbuhan artis di platform sosial media sedia ada dan aplikasi itu juga mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit.

“Untuk para pengguna dan peminat, mereka boleh menggunakan aplikasi yang hebat ini untuk menonton semua kandungan dan video artis dan dapat melayari dunia artis tersebut melalui aplikasi yang dibuat secara self-constructed ini.

“Sewaktu hari pelancaran, platform ini telah mengumpul 7000 Duta Artis Global dan 2.9 juta gabungan sosial media,” katanya.

Sementara itu, Pengasas serta Presiden Fenix360, Lance Ford, memberitahu dengan kemudahan tersebut pihaknya berharap untuk mewujudkan keterujaan dalam generasi pembikin aplikasi.

“Ini cara mudah untuk mempamerkan diri pada peminat serta sahabat handai serta membuatkan mereka berterusan bersemangat dengan platform media yang boleh dikawal.

“Ia merupakan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik, seni, kewangan serta media dan dimulakan dari syarikat yang berasal dari Singapura ni,” katanya.