Skip to main
Logo Malaysiakini

Jasmin Hamid masuk CCU akibat serangan jantung

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon Jasmin Hamid kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) akibat serangan jantung.

Berita itu dikongsikan suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram pelakon itu hari ini.

Menurutnya, ini adalah serangan jantung buat pertama kali pernah dialami aktres berusia 47 tahun itu.

“Sekarang Jasmin berada di CCU bukan unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.

“Keluarga dia ada sejarah (masalah) jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” katanya.

Nazmir memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan diberikan buat isterinya.

“Pada yang sayangkan Jasmin, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin,” katanya.