Skip to main
Logo Malaysiakini

Balu Abam sayu terpandang kenderaan milik arwah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, mengakui sebak apabila terpandang kenderaan yang suatu ketika dulu dibeli pelawak itu untuk keluarga mereka sedang dipandu orang lain.

Kata Nor Hidayah, kenderaan jenis Toyota Vellfire itu kini hanya tinggal kenangan buat dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, dua tahun.

“Ternampak kereta arwah suami. Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami,” katanya di media sosial.

Vellfire itu hanya tinggal kenangan buat Nor Hidayah dan anaknya selepas ia dibeli oleh orang lain.

Pada perkongsian sama, Nor Hidayah berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pernah memberitahu Vellfire itu dibeli untuk keselesaan anaknya.

“Bila Hamzah besar ini lah kereta ayah, ayah pernah cakap kereta ni untuk kelesaan anaknya,” jelasnya.

Arwah dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Ketika itu, dia berusia 32 tahun.

Terdahulu, Noor Hidayah terlibat dalam pertikaian di mahkamah dengan adik iparnya Ali Puteh dan keluarga membabitkan saman bernilai RM900000.

Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim, selain tuntutan faraid, hak penjagaan anak dan tuntutan kereta.

Pada masa sama, Noor Hidayah berkata, dia berharap suatu hari nanti, rezekinya dalam perniagaan diusahakan dipermudahkan.

“Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya,” katanya.