Lagu dari Yasin ubati rindu anak di balik jeriji besi
Yasin Sulaiman mengubati rindu anaknya dengan menyanyi lagu baru di sebalik tirai besi di Sungai (Sg) Buloh.
Melalui perkongsian terbaru di Instagram yang kini dikendalikan anggota keluarganya, penyanyi dan komposer itu mendendangkan lagu yang berjudul Bebaskan Aku.
“Ini klip audio Yasin menyanyikan lagu Bebaskan Aku yang dicipta bulan Mei lalu.
“Semasa lawatan penjara yang lepas, Malaika meminta ayahnya menyanyikan lagu ini untuknya.
“Beberapa hari kemudian, kami meminta Yasin menyanyikan lagu ini semula dalam panggilan telefon supaya dapat direkod dan dihayati oleh semua,” kata pengendali akaun pada ruang kapsyen.
Video berdurasi hampir empat minit tersebut memaparkan keseluruhan lirik yang siap ditulis pada Mei lalu beserta nyanyian penuh oleh pemilik nama penuh Muhammad Yasin Sulaiman itu.
Pada 31 Mac lalu Yasin,47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu juga didakwa di mahkamah majistret atas tuduhan mengedar ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan mengedar dadah, pengakuan tidak direkodkan kerana kes hukuman mati mandatori dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai