Skip to main
Logo Malaysiakini

Sultan Johor terima kunjungan Amy Search

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock negara, Amy Search.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman dilihat hadir bersama gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud.

Mereka anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Pada pertemuan itu Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album miliknya, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search.

Untuk rekod, pada 4 dan 5 Jun lalu, Konsert Endemik Search berlangsung selama dua malam di Zepp Hall, Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung lebih dua jam dengan jumlah keseluruhan 45 lagu itu full house selepas semua tiket habis terjual.