Skip to main
Logo Malaysiakini

Fizi Ali dakwa hidup musnah gara-gara bekas isteri

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mendakwa kehidupannya musnah gara-gara tindakan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Menurutnya, dia sudah lama bersabar dengan kerenah Shakilla malah enggan membuka aib bekas isterinya itu.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama.

“Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau,” katanya.

Dia memuat naik luahan itu di Insta Story miliknya hari ini.

Pemilik nama penuh Mohd Hafizudin Alimudin itu dan Shakilla bercerai pada Disember tahun lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofea yang kini berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, kata Fizi, kesabarannya mempunyai batasan.

“Sabar ada tahapnya. Aku rasa makin lama makin nipis ni. Hidup aku dah jahanam, sekarang aku hilang semua benda semua sebab kau.

“Kau tak sedar lagi ke ha…? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada Shakilla berhubung dakwaan terbabit.