Skip to main
Logo Malaysiakini

Ismail Sabri sampaikan takziah buat keluarga Adibah Noor

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, perdana menteri menyifatkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, malah turut menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan.

"Takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Noor," katanya dalam catatan itu.

Adibah Noor, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam tadi akibat kanser ovari.

Jenazahnya dijadual dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran sebelum waktu Zuhur.

- Bernama