Skip to main
Logo Malaysiakini

Puteri Sarah minta Syamsul ingat tanggungjawab pada anak

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah, mengingatkan suaminya itu agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap kedua-dua anak mereka.

Kenyataan tersebut muncul sebagai respons terhadap spekulasi Syamsul yang didakwa kini sudah bertunang dengan seorang wanita yang sering dikaitkan dengan pengarah itu.

“Terima kasih mesej DM (direct message) saya. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya pada individu yang berkongsi laporan berhubung 'pertunangan' Syamsul.

Puteri Sarah turut mengucapkan syukur jika apa yang dilaporkan itu benar.

“Kalau betul alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, satu hantaran di forum gosip mendakwa suami Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan Ira yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi.

Melalui perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dikenali HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, Syamsul menafikan dakwaan berkenaan.

Ia bukanlah spekulasi pertama kali muncul mengenai Syamsul dan Ira. Sebelum ini pengarah terbabit didakwa sudah berkahwin senyap-senyap dengan wanita berkenaan.

Malaysiakini sebelum ini menyiarkan bapa Syamsul, Yusof Haslam, berkata dia enggan mencampuri urusan peribadi anaknya kerana ingin menjaga hati semua pihak.

Pengarah Sembilu itu turut menyarankan agar Syamsul menyelesaikan masalah itu dengan baik.

“Perkara ni susah nak diulas sebab saya perlu jaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Kalau saya komen nanti, ada pihak akan salah tafsir, serba salah jadinya,” kata Yusof.