Trend tayang SPM tak cemerlang tak sihat - Iman Troye
Trend bangga tayang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun tidak cemerlang di media sosial termasuk TikTok meraih pelbagai reaksi.
Bagaimanapun ramai yang tidak senang dengan trend berkenaan kerana ia mampu mempengaruhi pelajar lain untuk tidak belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan cemerlang.
Bagi duta pusat ilmiah PTTI, Iman Troye, situasi sebegitu tidak wajar dibanggakan.
“Saya sendiri pernah berperang dengan peperiksaan SPM pada tahun 2019. Cabaran belajar zaman sekarang dengan kepesatan teknologi media sosial bukanlah mudah.
“Begitu juga dengan mereka yang bergelut belajar di era pandemik Covid-19. Namun, tabik kepada mereka yang tidak lemah semangat dan menjadikan ujian atau cabaran sebagai alasan,” katanya.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata pencapaian diraih pelajar berkenaan menerusi inisiatif dilakukan cukup membanggakan.
“Tiada apa saja yang mustahil dalam hidup ini. Kesungguhan dan semangat jitu untuk membuktikan peningkatan dalam hidup mahupun pelajaran mampu memberikan pengakhiran yang indah.
“Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan.
"Malah kita belajar untuk mendapat gred atau keputusan yang baik. Bukan sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Pengasas PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana sendiri memanjat kesyukuran kerana peningkatan gred membabitkan pelajar bimbingan mereka.
“Mesej langsung Nur Anis di Instagram (IG) yang diterima cukup mengujakan saya. Bagaimana dia memuji usaha kami sebagai cikgu PTTI, buat saya sayu.
“Syabas saya ucapkan kepada lebih 5,247 pelajar kami yang mendapat keputusan SPM kali ini. Termasuklah hampir 200 yang berjaya menaikkan gred dari G ke A," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai