Skip to main
Logo Malaysiakini

Menyamar Aedy Ashraf untuk perdaya wanita

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon Aedy Ashraf hari ini mendedahkan laporan dibuat di Balai Polis Cyberjaya terhadap seorang individu yang menyamar sebagai dirinya untuk memperdaya wanita.

Melalui keterangan mengiringi laporan tersebut, Aedi mengingatkan agar orang ramai terutama wanita tidak mudah ditipu dengan individu yang cuba menyamar sebagai dirinya.

“Sebuah laporan polis telah difailkan berkaitan email yang kononnya dihantar daripada saya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa itu bukanlah alamat emel saya. Saya perlu mengingatkan perkara ini supaya semua orang berhati-hati,” katanya.

Dalam laporan berkenaan, pelakon Budak Tebing itu menjelaskan, individu terbabit menggunakan email samaran sebagai modus operandi untuk menipu.

“Pada 18 Jun lalu, semasa berada di jalan 4 Jalan Chow Sow Lin, saya dapat tahu ada individu tidak dikenali telah menyamar sebagai saya dengan cara menggunakan email samaran [email protected]

“Sekurang-kurang empat wanita yang menerima mesej daripada individu terbabit telah diajak keluar manakala seorang telah memberikan alamatnya kepada lelaki itu,” katanya.