Skip to main
Logo Malaysiakini

Tegar Septian mengaku cerai dek kesempitan hidup

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian mendedahkan perkahwinannya dengan isteri, Sarah Sheilka sudah berakhir.

Penyanyi yang terkenal melalui lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu berkata demikian dalam Instagram malam tadi.

Kata Tegar, 21, dia mengalami tekanan perasaan akibat kesukaran mencari wang pendapatan hingga menyebabkan tubuh badannya menjadi kurus.

“Aku sudah tidak bersama Sara lagi. Aku sudah terlalu penat.

“Kalian harus tahu, aku selalu berada di rumah saja. Jujurnya, aku orang yang tidak betah duduk di rumah.

“Aku jadi kurus terlalu banyak berfikir. Sukar cari duit membuatkan aku benar-benar depresi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Tegar tidak mendedahkan tarikh perceraian tersebut.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Tegar seorang penyanyi jalanan yang bakatnya diangkat ketika dia berusia 11 tahun.

Katanya, dia memaparkan kemanisan dalam rumah tangga hanya untuk tontonan umum namun sebaliknya tiada siapa tahu dugaan sebenar yang didepani.

“Aku memang manusia tidak sempurna. Kalau anda mahu tahu, aku tertekan memikirkan banyak hal.

“Sekali lagi, mulai detik ini, aku sudah tidak sama Sarah lagi,” katanya.

Justeru, menurut Tegar, dia memilih untuk hidup baru demi melupakan permasalahannya.

“Dan, aku berjanji tidak mahu terulang lagi seperti ini.

“Aku memilih untuk hidup baru dan bermula dengan kosong,” katanya,