Skip to main
Logo Malaysiakini

Stacy, Akim timang anak lelaki

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penyanyi Stacy Anam selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.19 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Akim Ahmad melalui akaun Instagram miliknya petang ini.

“Segala pujian selayaknya untukMu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 hijrah.

“Isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulis Akim.

Mengiringi perkongsian berkenaan, Akim, 31, turut memuat naik wajah anak keduanya itu.

Rata-rata peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu di atas kelahiran cahaya mata baru mereka.

Akim dan Stacy, 32, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Eshaal yang kini berusia lima tahun selain anak angkat, Bella Valentina, 9 tahun.