Skip to main
Logo Malaysiakini

Sebaik-baik Muslim ialah yang saling memaafkan, kata Penerbit Demi

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penerbit drama Demi mengakui dia menganggap episod kontroversi pihaknya dengan pelakon drama itu, Ben Amir, sudah berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Elisa Vision Sdn Bhd, Mahfuzah Zakkiah Abdain, berkata dia seboleh-bolehnya tidak mahu isu terbabit dipanjangkan lagi.

“Walaupun jadi kes mahkamah, saya selesaikan dengan cara baik.

“Kita orang Islam. Sebaik-baik orang Muslim adalah memaafkan sesama kita,” tuturnya.

Mahfuzah berkata, dia memaafkan Ben atas tindakan pelakon terbabit menarik diri daripada membintangi Demi kerana beranggapan tiada sesiapa yang sempurna dalam dunia ini.

“Mungkin pada ketika itu dia ada ‘tergelincir’ sedikit. Kita pun tak tahu.

“Tapi secara peribadi, orangnya memang sangat baik. Jadi, kita tidak akan banned (haramkan) dia,” ujarnya.

Kes saman berkaitan pelanggaran perjanjian di antara Ben dengan sebuah syarikat produksi yang tercetus sejak tahun lalu diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 April lalu.

Mahfuzah

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan selepas pelakon terbabit selaku defendan bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada Elisa Vision.

Melalui persetujuan dicapai Ben akan membayar jumlah tersebut melalui lima bayaran ansuran sebanyak RM20,000 setiap satu mula 10 Mei lalu.

Tambah Mahfuzah, dia dan Ben kini sudah tiada isu malah bersedia bekerjasama semula sekiranya diberikan kesempatan.

“Yang dah lepas, biarlah lepas,” katanya.