Skip to main
Logo Malaysiakini

Zahidi puji Pengabdi Setan 2, beri markah tujuh dari 10

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Filem Pengabdi Setan 2 Communion dijangka mendapat sambutan penggemar filem seram di negara ini kerana berjaya menampilkan kualiti yang lebih memuaskan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata mutu lakonan filem berkenaan juga amat memuaskan.

"Pelakon (filem) telah memberikan prestasi yang menjadikan filem lebih menyeramkan, dan itu adalah sesuatu yang amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan di Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam pada itu, Zahidi memberikan markah penilaian tujuh daripada 10 untuk keseluruhan filem berkenaan.

Pengabdi Setan 2 Communion akan mula ditayangkan pada 11 Ogos ini menampilkan barisan pelakon seperti Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz dan Bront Palarae.

Ia merupakan sekuel filem berjudul Pengabdi Setan yang ditayangkan pada 2017.

-Bernama