Skip to main
Logo Malaysiakini

Album Blackpink 'Pink Venom' dahului carta di 69 negara

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Single terbaru kumpulan K-pop BLACKPINK "Pink Venom" mendahului carta iTunes di 69 negara di seluruh dunia, menurut YG Entertainment padaSabtu.

Setakat Sabtu lagu itu menduduki tempat pertama dalam carta Lagu Teratas iTunes di Amerika utara, Amerika selatan, Eropah, Asia dan Oceania setakat Sabtu, lapor agensi berita Yonhap.

Lagu itu juga menjadi pilihan utama di perkhidmatan penstriman muzik domestik seperti Melon, Bugs, Vibe dan Genie.

Video muzik lagu itu mencecah 70 juta tontonan hanya dalam masa 15 jam selepas dimuat naik di YouTube.

Single itu akan dimuatkan dalam "Born Pink", album studio kedua kumpulan itu yang dijangka dikeluarkan pada 16 Sept.

Album itu sudah menerima tempahan awal lebih 1.5 juta hanya dalam tempoh kurang seminggu.

- Bernama