Skip to main
Logo Malaysiakini

Air Force The Movie kutip RM8 juta lepas 4 hari tayangan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Menurut wakil pihak penerbit filem, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa itu sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Ia secara tidak langsung dapat mempertontonkan kepada dunia luar tentang kualiti filem yang kita ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu bakal ditayangkan di Korea, Jepun & Taiwan.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem berkenaan mengisahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.