Skip to main
Logo Malaysiakini

Pekin Ibrahim, Mona Allen sambut bayi Merdeka

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 dengan cara yang berbeza apabila mereka dikurniakan bayi sulung pada jam 2.39 pagi tadi.

Memanjatkan kesyukuran terhadap zuriat itu, Mona, 36, berkata, dia dan bayinya kini dalam keadaan sihat walafiat.

“Alhamdulillah terima kasih atas doa anda.

Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” katanya di Insta Story miliknya.

Melalui semakan Malaysiakini setakat laporan ini ditulis, kedua-dua media sosial selebriti berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan rapat yang turut bergembira kerana kelahiran itu bersamaan tarikh Hari Merdeka yang disambut hari ini.

Mona atau nama asalnya Munna Hafiraneza Allen sebelum ini mengumumkan berita kehamilan ketika usia kandungannya enam bulan selepas empat tahun melalui proses trying to conceive (TTV).

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.