Skip to main
Logo Malaysiakini

Nad Zainal bercerai lepas tujuh tahun kahwin

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, tiada angin, tiada ribut, ikatan suci yang dibina pelakon, Nad Zainal dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin terlerai baru-baru ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu ketika ditanya mengesahkan perkara berkenaan.

Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah itu bukan mudah.

“Iya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, pemilik nama penuh, Farah Nadia Zainal Abidin itu enggan mendedahkan butiran penceraian tersebut.

Bagaimanapun, kata Nad, 32, dia masih berkawan demi kedua-dua anaknya.

“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.

“Kami masih berkawan baik demi dua anak.

“Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal,” katanya yang bakal muncul dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.