Skip to main
Logo Malaysiakini

Peminat di M'sia berpeluang bertemu komposer India Anirudh

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Konsert komposer muzik terkenal India Anirudh Ravichander pada 17 Sept di Malaysia bakal menjanjikan pengalaman berbeza untuk peminatnya.

'Anirudh's Once Upon A Time Tour' yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur bakal menjadi konsert "glow in the dark" pertama pernah dipersembahkan artis India di Malaysia.

Satu daripada penaja konsert itu, Aha, iaitu platform Tamil OTT tempatan turut menawarkan peluang kepada 20 peminat bertuah untuk memenangi tiket menyaksikan konsert dan menyertai sesi ramah mesra bersama Anirudh.

Ketua pegawai eksekutif Aha, Ajit Thakur dalam satu kenyataan berkata petandingan itu memberi peluang kepada peminat Malaysia untuk bertemu Anirudh yang juga Duta Jenama Aha Tamil.

Untuk menyertai pertandingan itu, peminat hanya perlu melanggan pek tahunan Aha Tamil, sehingga 9 Sept, serta menghantar bukti langganan ke +6017 6604989.

Butiran lanjut mengenai peraduan itu boleh didapati di saluran media sosial Aha.

- Bernama