Skip to main
Logo Malaysiakini

Uyaina, Raja Syahiran harap anak sulung jadi pemimpin hebat

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pasangan pelakon Raja Syahiran, dan Uyaina Arshad, selamat menimang cahaya mata pertama secara pembedahan semalam.

Berita gembira itu baru dikongsikan hari ini melalui akaun Instagram Raja Syahiran.

Pelakon yang juga penyanyi itu turut mengiringi perkongsian berkenaan dengan imej memegang tangan si manja.

“Assalamualaikum anakandaku… Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira.

“Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Uyaina, 29, turut berkongsi berita sama melalui Instagram miliknya.

Raja Syahiran, 29, berharap anaknya itu menjadi anak yang berguna sepanjang hayatnya.

Katanya, dia ingin melihat anaknya itu menjadi manusia berakhlak dan pemimpin yang disenangi.

“Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022 anakandaku dilahirkan dengan tangisan.

“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia serta seorang pemimpin yang hebat.

“Baba dan Mama cinta dan sayangkan awak sangat. Minta doa yang baik-baik daripada kalian semua untuk anak sulung kami dan n semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu.