Skip to main
Logo Malaysiakini

5 penulis bawa pulang RM27,000 pada anugerah Hadiah Sastera S’gor

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seramai 15 penulis membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM27,000 pada majlis anugerah Hadiah Sastera Selangor.

Anugerah anjuran kerajaan negeri itu dibuka penyertaannya kepada seluruh warganegara meliputi tiga kategori iaitu esei, puisi dan cerpen yang disiarkan dalam Selangorkini.

“Bagi edisi Hadiah Sastera Selangor 2021, karya terpilih daripada Dewan Sastera dan Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), majalah kebudayaan Svara dan laman media sosial Tukang Puisi turut dinilai.

“Sebanyak 190 karya diteliti panel juri diketuai Faisal Tehrani,” menurut satu kenyataan daripada Komunikasi Korporat Media Selangor, Roharrashidah Abdul Halil semalam.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan tokoh wartawan negara, Johan Jaafar menyampaikan hadiah tersebut kepada pemenang, di mana pemenang utama setiap kategori menerima RM5,000 manakala empat hadiah penghargaan RM1,000 bagi setiap satu kategori.

“Pada majlis tersebut, buku himpunan karya pemenang Hadiah Sastera Selangor 2020 dan 2021 iaitu ‘Sipena V’ turut dilancarkan.

“Selain itu, tiga buku terjemahan terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) iaitu ‘Gelagat dan Ragam Orang Melayu’ karya Frank Swettenham, ‘Sejarah Selangor 1766-1933’ (JM Gullick) dan ‘Tunku: Kelana Penuh Cinta’ (Kobkua Suwannathat-Pian),” menurut kenyataan itu.