Bob Lokman meninggal dunia di Kelantan
Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan hari ini.
Bob berusia 58 tahun.
Berita sedih itu dikongsi melalui laman Facebook oleh beberapa rakan artis dan pendakwah yang mengenali allahyarham.
Sejak beberapa tahun lalu, dia yang pernah menghasilkan banyak lirik puitis termasuk Pada Syurga Di Wajahmu dan Taman Rashidah Utama memang mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.
Antara lain dia pernah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung.
Pada 22 Jun lalu kesihatan penulis lirik Isabella itu dilaporkan semakin merosot apabila tahap penggunaan jantungnya dilaporkan hanya tinggal 10 peratus.
Arwah ketika itu bergantung pada alat bantuan jantung, dikenali sebagai implantable automatic cardioverter defibrilator (IADC).
Dia juga - pada April lalu - dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.
Selepas meninggalkan dunia glamour, Bob menceburi bidang perniagaan seperti menjual nasi ayam, selain sesekali muncul di pentas ceramah.
Pada 5 Okt 2018, Bob kehilangan anak sulungnya, Mohamad Adam yang mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak.
Mohamad Adam disahkan meninggal dunia selepas pengsan di rumah mereka di Sungai Buloh.
Arwah pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu ketika berada dalam darjah dua.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai