Skip to main
Logo Malaysiakini

Emosi Aprena Manrose tersentuh lepas dipuji pakai niqab

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tampil berniqab, pelakon Aprena Manrose berasa terharu apabila pengikut Instagramnya memberi sokongan serta mendoakan dia atas usahanya membuat pembaharuan imej.

Berkongsi perkara itu, kata Aprena pagi ini, dia disentuh perasaan emosi yang mendalam.

“Pagi ni, saya rasa tiba-tiba sangat beremosi kerana semalam beberapa wartawan bertanya mengenai hantaran saya berniqab dan mereka menulis artikel mengenai perkara tu.

“Alhamdulillah satu perkara yang baik. Bila fikir balik, ya Allah, Kau tersangat baik. Dalam waktu begini Kau mengizinkan perkara ni berlaku sedangkan hamba-Mu ini sangatlah hina, dan masih Kau menutup aibku.

“Teringat, ayat jika kita menutup aib orang, Allah pasti tutup aib kita, masya-Allah. Terima kasih Ya Allah,” katanya di media sosial hari ini.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu menyatakan, dia sebenarnya masih dalam fasa percubaan memakai niqab.

Walaupun belum sepenuhnya, kata Aprena, dia tetap menghargai respons positif diberikan peminat.

“Saya masih belum berniqab sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba-cuba,” ujarnya.

Terdahulu, Aprena, 29, berkongsi imej dia memakai jubah dan niqab sewaktu menghadiri sebuah majlis keagamaan. Ia turut dihadiri pelakon terkenal Umie Aida.

Anak pasangan selebriti terkenal iaitu penyanyi dangdut, Iwan, dan Allahyarham Rosnah Mohd Noor itu berharap, dia terus diberikan kekuatan untuk istiqamah melalui kehidupannya selepas ini.

“Dalam kita mencari Allah, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya. Allahu akhbar.

“Mohon doa daripada kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqamah dan semoga doa yang baik-baik berbalik pada kalian. Insya- Allah,” katanya.