Skip to main
Logo Malaysiakini

Pat Candy terselamat, Jaclyn kedudukan pertama

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan penyanyi Pat Candy terselamat daripada penyingkiran walaupun memperoleh markah terendah 55.6 peratus pada minggu keempat program itu berlangsung malam tadi.

Pat berpeluang meneruskan perjuangannya di GV9 bersama 10 lagi peserta.

Jaclyn Victor pula dinobatkan sebagai juara konsert selepas diadili dengan markah tinggi melalui lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban.

Bertemakan kerohanian, 11 bintang GV9 membawakan seleksi lagu ‘aman di mata, damai di hati’ yang diadili oleh juri tetap Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Syafinaz Selamat.

Pengacara hebat Sherry Alhadad bergandingan bersama Elly Mazlein bagi menggantikan Nabil Ahmad.

Pada malam itu juga, Fuad Rahman diumum sebagai Anugerah Juara Next Level Digi yang memenangi anugerah itu selama empat minggu berturut-turut berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak. Penyanyi itu membawa pulang wang tunai RM1,000.

Selaku juara minggu keempat, Jaclyn turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500 manakala Tom memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak.

Dia membawa pulang sebuah penapis air Warrior Bernilai RM3,680.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).