Skip to main
Logo Malaysiakini

Dikir barat guna teknologi visual moden November ini

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebuah persembahan dikir barat cuba menggabungkan antara elemen tradisional dan moden dalam persembahan mereka menggunakan teknologi terkini.

Antara teknologi digunakan ialah pemetaan cahaya, holografi dan perakan pergerakan (motion capture) bagi memberikan pengalaman lebih menarik kepada penonton.

Dikir Barat Sentuhan Teknologi Kisah Hang Tuah itu bakal dipersembahkan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur pada pada 5 November ini. 

Melalui teknologi itu, objek 3D dan animasi dapat dirangkumkan dalam persembahan itu.

Pengarah Akademi Arjunasukma Mohd Sulhie Yusuf, 40, berharap penonton dapat memberikan sokongan kerana ia memerlukan kos yang tinggi sehingga RM100,000 untuk penyediaan peralatan saja.

Meskipun begitu, pemimpin kumpulan dikir barat itu berkata dia merasa teruja dan berbangga kerana penghibur berjaya mempersembahkan seni itu dengan baik.

Katanya, di masa akan datang mereka bersedia untuk mengangkat cerita-cerita rakyat lain, bukan sekadar Hang Tuah tetapi mengikut permintaan penonton.