Sweet Qismina, Adam Lee dah bergelar suami isteri
Selepas genap setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Sweet Qismina akhirnya sah menjadi isteri Adam Lee dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di The Boathouse, Tasik Ampang, jam 10.40 pagi tadi.
Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97, sebagai simbolik tarikh lahir pelakon itu pada 24 Okt 1997.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran pasangan pelakon itu dirahsiakan.
Pengantin perempuan dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahed Ashraf Supandi dengan sekali lafaz disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Mohamad Khairi Hussein.
Pasangan terbabit mengikat tali pertunangan pada 24 Okt tahun lalu, juga pada sambutan ulang tahun kelahiran ke-24 Sweet Qismina.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai