Pelakon Power Rangers meninggal dunia
Pelakon Jason David Frank yang membintangi watak Tommy Oliver atau Power Ranger Hijau - melalui siri televisyen hits Mighty Morphin Power Rangers pada era 1990-an - meninggal dunia, hari ini.
Berita duka mengenai pelakon yang mahir dengan seni bela diri campuran itu disahkan pengurusnya, Justine Hunt.
“Tolong hormati privasi keluarga dan rakan-rakan Frank pada masa yang mengerikan ini kerana kami menerima berita kehilangan insan yang begitu hebat.
“Dia sangat menyayangi keluarga, rakan dan peminatnya. Dia akan benar-benar dirindui,” kata Hunt dalam satu kenyataan.
Walaupun tiada punca kematian dinyatakan, TMZ melaporkan bahawa Frank meninggal dunia akibat bunuh diri di Texas.
Pelakon itu berusia 49 tahun.
Untuk rekod, pada 2001, Thuy Trang yang melakonkan Power Ranger Kuning meninggal dunia akibat nahas jalan raya ketika berusia 27 tahun.
Pada asalnya, Frank membawa watak sebagai Green Ranger dalam siri adiwira kanak-kanak yang mencetus fenomena sejak siri itu diperkenalkan pada musim 1, 1993. Dia memainkan peranan itu untuk 14 episod.
Disebabkan populariti watak tersebut, Frank dikembalikan sebagai White Ranger dan menjadi ketua baru kumpulan Power Rangers.
Dia kemudian membawa pelbagai peranan dalam adaptasi projek Power Rangers berikutnya, seperti Wild Force, Turbo, Zeo, Dino Thunder, Red Zeo Ranger dan Black Dino Ranger.
Antara filem dibintanginya termasuk Mighty Morphin Power Rangers : The Movie dan Turbo: A Power Rangers Movie.
Kebolehan bertarung Frank diterjemahkan ke dunia nyata. Dia seorang pemain MMA yang terlatih secara profesional yang mahir seni pertahanan diri seperti Taekwondi, Muay Thai, Judo, Brazilian, Wing Chun dan Jiu Jitsu.
Frank meninggalkan empat anak, satu daripadanya bersama Tammie manakala tiga lagi anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Shawna Frank.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai